Tuesday, February 9, 2010

Testing upload youtube....drifting with takara tomy drift package light

haha....baru boleh uplod bidio.....cait....punye la bute it....
ni anak buah takumi nak drift....cekidout....










Monday, February 8, 2010

Setelah 10 tahun.....(i think.....)

yaaa....selepas 10 tahun (aku rasa la...)

arini aku pegi cabut gigi......hahaha....setelah berperang dengan kesakitan gigi berlubang.....dapat satu hari MC....jadi le.....rasa macam pelik plak takde gigi sebatang....

Doktor cek gigi2 aku yang lain lepas aku cakap gigi aku banyak rosak....

''Baru 5 batang rosak.....'' kate dokter tuh...

aih..perli ke....???hahaha....

gigi yang dicabut gig geraham bawah belah kanan (nama saintifik aku tatau ye)...die cakap gigi au pelik sebab ade 3 akar....biasa belah bawah ade 2 akar je.......erm...oh aku sudah rongak sekarang.....

Sunday, February 7, 2010

ajalmu di tayar kereta ku...

 


tatau la camne cicak ni boleh melekat kat mudguard kete aku......puas aku mencari jalan cite die.....

Sunday, January 31, 2010

Tomy Takara punye Pasal...

n sume pasal racun....mau tau racun ape...?????hahaha...

racun TAKARA TOMY DRIFT PACKAGE LIGHT..... KLIK kalu mau tengok racun....

racun baeekkk punye......hahah...

last aku pon pegi le menapak ke KL untuk carik bende nih....

mule2 aku pegi midvalley.....carik kat toy R us...takde.....

pegi plak ke toycity.....oh ade la....tapi tinggal seketul je.....ade lancer evo je.....ermmm....takpe la..g KLCC la tengok ade ke tak....

dah sampai KLCC tu...kedai toy r us dengan toycity langsung tarak jual bende nih..huhu....kendian patah balik g midvalley...sanggup tu weh.......heheh...dah la jem gile babas kat KL...siap kene hon lagi kat pudu sebab tersangkut kat yellow box...bengong sape yang hon aku tuh.....

kendian sampai la balik kat Midvalley....erm...beli je la yang evo nih...dah takde dah....maka dapat la seketul tomy takara nih..






pastu saje gatal2 pegi jusco lak....pusing2 punye pusing.....tup2 ade la bende ni wehhh....banyak lak tuh..murah rm20 dari rege aku beli kat toycity....aduiii...menyesal tak sudah...huhuhuhu...padahal mase mule2 aku sampai aku dah round2 kat sana....tak tak habis round...huhuhuh..takpola...next month la plak...hahahaha

Friday, January 29, 2010

Kadar Baru Saman Trafik....

 Kadar baru Saman Trafik....

aku nampak satu je efek dari harga baru nih....lebih ramai orang akan memandu laju (termasuk aku..hahaha)

"alaaaa...bayar rm9pul je......celah gigi wehhhhh" <<---kata2 orang kaya....hehehehe


 Cara cek Saman...

  IC no:      POLIS SAMAN 710503005100 or
  Vehicle:    POLIS SAMAN HW1234


Hantar ke 32728

setakat nih aku ade 1 saman berjumlah rm300.....:(




Thursday, January 28, 2010

Up and down......

this is life....

whenever, wherever you done million of good thing.......once you slipped, people will remember you the most by the slipped action.......

what goes around comes around.....


PTPTN

Artikel dibawah di petik dari sebuah laman web akhbar harian di Malaysia. Tiada nukilan sendiri (Saya Tak Mau Kene SAMAN)

-----------------------------------------------------------------------------------
KEPRIHATINAN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasinal (PTPTN) memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar amat dipuji. Dengan pinjaman pendidikan ini, pelajar yang tidak berkemampuan memperoleh bantuan pinjaman pendidikan bagi merealisasikan impian melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS.


Tetapi, terdapat beberapa perkara perlu dikaji kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi bersama Kementerian Pendidikan kerana terdapat perkara 'tempang' yang mencacatkan skim pinjaman pendidikan ini.



* Kes 1: Permohonan pinjaman


Permohonan pinjaman pendidikan diberi kepada sesiapa yang layak. Kebiasaannya, borang permohonan pinjaman dijual pada hari pendaftaran di universiti dan kolej. Kini diperkenalkan permohonan secara on-line.

Begitu mudah permohonan pinjaman PTPTN diluluskan. Timbul persoalan, adakah pelajar lepasan SPM dan STPM faham kontrak pinjaman dipohon? Tahukah mereka maksud kontrak? Sebagai saksi yang menurunkan tandatangan, adakah mereka mengenali latar belakang pemohon? Rata-rata pemohon atau pelajar memohon pinjaman ini kerana terdesak dan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Tidak semua ibu bapa faham kontrak pinjaman kerana perbezaan latar hidup.

Sememangnya majoriti ibu bapa menggalakkan anak membuat pinjaman pendidikan ini, tetapi adakah anak yang menandatangani kontrak pinjaman pendidikan pada usia belasan tahun faham perkara ini?



* Kes 2: Akaun pinjaman berbeza



Pelajar lepasan diploma yang pernah menerima pinjaman pendidikan seterusnya diberi peluang bagi memohon pinjaman untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda. Malah, pemohon yang pernah menerima pinjaman di peringkat diploma dan ijazah masih berpeluang memohon untuk pengajian seterusnya. Lama-kelamaan setelah tamat pengajian, pemohon atau pelajar lepasan diploma dan ijazah dibebani hutang pendidikan puluhan ribu ringgit sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Bukan semua pelajar lepasan diploma dan ijazah mempunyai nasib yang sama. Ada yang mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian, tetapi majoritinya akan menganggur sekurang-kurangnya enam bulan atau setahun, malah mungkin lebih dari tempoh berkenaan.

PTPTN pula mengasingkan akaun pinjaman mengikut peringkat pengajian. Sekiranya pemohon atau pelajar pernah menerima pinjaman untuk peringkat diploma dan ijazah, mereka mempunyai dua akaun iaitu akaun diploma dan akaun ijazah. Kenapa kedua-dua akaun berkenaan tidak disatukan?


Sedangkan nama pemohon dan nombor kad pengenalan adalah sama. Tidakkah perkara ini menjadi beban ketika proses bayaran balik kerana bukan satu faedah bayaran yang dikenakan, tetapi dua faedah bayaran perlu dijelaskan. Jumlah akaun peminjam pula tertakluk kepada berapa banyak pinjaman dipohon.



* Kes 3: Kecuaian dan sambil lewa



Kepincangan PTPTN mengakibatkan peminjam mengalami beban tidak diduga, sedangkan kelalaian di pihak PTPTN.

Sebagai contoh, pemohon yang sudah membuat surat penangguhan bayaran kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya telah menyerahkan surat itu sama ada secara pos atau serahan tangan kepada PTPTN, tetapi didakwa oleh PTPTN mereka tidak pernah menerima surat penangguhan berkenaan walaupun telah berkali-kali dibuat peminjam.

Ada peminjam dimaklumkan kakitangan PTPTN, mungkin staf di kaunter penerimaan tidak menyerahkan kepada pihak sepatutnya. Peminjam dipersalahkan kerana tidak membuat rujukan semula selepas surat penangguhan diserahkan, malah memohon bukti serahan itu dibuat sama ada secara cop rasmi mahupun tandatangan pegawai yang menerima, walaupun pemohon mengemukakan salinan surat yang pernah diserahkan kepada PTPTN.

Kelemahan sistem PTPTN telah mengakibatkan peminjam menanggung beban kerana proses bayaran balik untuk peringkat diploma mula dikira ketika peminjam masih berstatus pelajar di peringkat ijazah.

Bagaimana peminjam hendak membuat bayaran balik pinjaman sedangkan mereka berstatus pelajar? Walaupun tanpa surat penangguhan, PTPTN pasti mempunyai data penuh peminjam. Perlu diingat, dengan memasukkan nombor kad pengenalan di dalam sistem PTPTN, keseluruhan data peminjam akan dikenal pasti. Tetapi, PTPTN terus mengira permulaan bayaran balik pinjaman setelah peminjam tamat pengajian peringkat pertama.

Perkara sama turut berlaku, apabila peminjam tidak pernah menerima surat PTPTN yang menyatakan untuk sekian tempoh ditetapkan, peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman. Bukan itu saja, ada peminjam tidak menerima notis atau surat peringatan PTPTN.

Kemudian, peminjam terus dikenakan tindakan hadir ke mahkamah dan disenarai hitam imigresen, sedangkan mereka belum pernah menerima surat melainkan surat berkaitan mahkamah dan senarai hitam imigresen serta penyata tahunan.

Apabila hal ini diajukan kepada PTPTN, kakitangannya menyatakan, di dalam sistem komputer mereka menunjukkan surat atau notis telah diserahkan mengikut sekian tarikh. Tetapi, mana surat atau notis itu?

Peminjam seterusnya akan ditanya sama ada telah bertukar alamat dan sebagainya. Bagaimana pula sekiranya alamat peminjam tidak pernah bertukar? Tiada jawapan daripada PTPTN selain mereka berkeras menyatakan surat telah diposkan ke alamat berkenaan. Bermulalah segmen mencari kesalahan bermula seolah-olah peminjam menipu, mengabaikan surat yang dihantar, terlupa dan sebagainya. Semuanya diletakkan atas bahu peminjam. Adakah ini adil? Peminjam berusaha datang ke pejabat PTPTN atau menelefon PTPTN untuk menyelesaikan masalah mereka dan bukan menambah kekusutan dan kekeliruan peminjam.

Jika kita ke pejabat PTPTN, beberapa kaunter dibuka bagi memudahkan pemohon atau peminjam berbincang dengan pegawai PTPTN. Malangnya, hanya dua atau tiga kaunter dibuka malah pernah satu kaunter beroperasi sedangkan ramai pemohon dan peminjam hadir.

Apa yang menyedihkan ialah maklumat diperoleh melalui telefon kadang-kala berbeza ketika bersemuka dengan pegawai PTPTN. Lebih mengundang kemarahan, setiap kali berurusan di kaunter, setiap kali juga menerima maklumat berbeza. Lain pegawai, lain maklumat.





* Kes 4: Mahkamah dan senarai hitam imigresen



PTPTN menguatkuasakan senarai hitam imigresen kepada peminjam yang gagal membuat bayaran balik di samping membawa peminjam yang gagal membuat bayaran balik ke mahkamah.

Terdapat peminjam yang hadir di mahkamah kerana gagal membuat bayaran balik. Peminjam disoal sama ada mengaku pernah menerima pinjaman pendidikan PTPTN. Sekiranya mereka mengaku pernah menerima pinjaman pendidikan, kes ditutup dan mereka diarah ke PTPTN bagi berbincang cara penyelesaian atau proses bayaran balik.

Tetapi, PTPTN masih mengekalkan nama peminjam dalam senarai hitam imigresen jika mereka gagal membuat bayaran penuh pinjaman. PTPTN juga mengekalkan nama peminjam dalam senarai hitam imigresen walaupun peminjam mula membuat bayaran ansuran setiap bulan. Senarai hitam imigresen kekal selagi jumlah keseluruhan pinjaman tidak selesai. Atau, peminjam boleh mengemukakan rayuan pengeluaran nama daripada senarai hitam imigresen setelah membuat bayaran 50 peratus, tetapi 50 peratus lagi hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Apabila ditanya kepada pegawai PTPTN cara penyelesaian lain, akan dijawab tiada jalan penyelesaian dan inilah penyelesaiannya. Ada juga yang menjawab, sekiranya peminjam bekerja, sila keluarkan wang daripada akaun kedua KWSP bagi mengurangkan bebanan. Malah, ada yang menggalakkan peminjam membuat pinjaman peribadi bagi menyelesaikan keseluruhan pinjaman jika ingin nama dikeluarkan dari senarai hitam imigresen.

Kes di mahkamah ditutup setelah peminjam mengaku pernah memohon dan menerima pinjaman pendidikan daripada PTPTN, tetapi kenapa nama peminjam masih tidak dikeluarkan dari senarai hitam imigresen? Atas alasan apa senarai hitam dikenakan walaupun sudah hadir di mahkamah dan peminjam telah mula membuat bayaran ansuran bulanan di samping mengeluarkan sebahagian wang daripada akaun KWSP? Bagaimana dengan nasib peminjam yang dikenakan tindakan mahkamah dan penguatkuasaan senarai hitam imigresen akibat kecuaian PTPTN?

Apabila perkara ini diajukan ke Bahagian Senarai Hitam Imigresen PTPTN, peminjam akan menerima jawapan: "Bagaimanapun, encik perlu membuat bayaran penuh pinjaman sekiranya mahu nama dikeluarkan dari senarai hitam imigresen, ini saja jalan penyelesaiannya".

Bagaimana dengan peminjam yang baru bekerja dan kerjayanya memerlukan ke luar negara? Tidakkah kerjanya terganggu? Bagaimana pula jika dibuang kerja kerana alasan ini? Bagaimana peminjam ingin teruskan bayaran balik pinjaman sekiranya hilang pekerjaan? Adalah elok jika peminjam mula membuat bayaran balik walaupun secara ansuran daripada mereka terus kesal dan lari daripada membayar hutang pendidikan.




------------------------------------------------------------------------

Thursday, January 21, 2010

Buat MaksiaT...kantOi...LanGGaR..LaRi...

selalu kite dengar kes langgar lari.....sekarang tambah plak satu term......

BEROMEN, kantoi, langgar sampai mati...pastu lariiiiikkkkkkk.........

cite ni dah lama....tapi masih panas.....sape2 kaki utusan tu boleh baca quote di bawah...:D


KUALA LUMPUR 16 Jan. - Akibat panik dan ketakutan dicekup berkhalwat dalam kawasan kampus, seorang mahasiswa yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya dalam kereta bertindak memecut kenderaannya untuk melepaskan diri.

Tindakannya dalam keadaan tergesa-gesa itu bagaimanapun mengundang padah apabila pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dekat sini itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pagar keselamatan di pintu utama universiti tersebut.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan pagar besi di situ tumbang lalu mengenai kepala seorang polis bantuan yang kebetulan berada di situ sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin. UTUSAN



Sekarang ade plak satu group yang dicipta oleh rakan2 kiter yang menuntut keadilan........

KliK Kan Aje... 

Sunday, January 17, 2010

Merepek...

penat nye.......DCS migration was scheduled for 3 days only...working round the clock by 2 shifts...but seems a lot of trouble is coming and now the scheduled is dragged to 8 days now.....


penat..penat..penat...


Tuesday, January 5, 2010

Edisi Pecah Perut





boleh bengong kalo layan mamat nih...hahaha....